Pusat Jagaan warga emas tempat buang ibubapa?

TIDAK! Kebanyakan pusat jagaan warga emas ramai yang salah tafsir bahawa itu tempat untuk kita menghiraukan ibubapa kita yang sudah uzur!

Mereka memerlukan penjagaan yang khusus merangkumi pelbagai aspek untuk memastikan mereka terhindar dari bahaya.

Apabila warga emas jatuh sakit, keadaan fisiologi mereka yang lemah, imuniti mereka yang rendah ditambah dengan penyakit kronik menyebabkan mereka mudah mendapat sakit yang teruk dan sukar sembuh. Ramai antara mereka akan mengalami respons yang berlebihan terhadap penyakit dan ini merosakkan lagi sistem dan organ dalaman yang sedia rosak. Jika mereka menghadapi sakit yang memerlukan pembedahan seperti jangkitan kuman di dalam abdomen ataupun jenis kanser yang memerlukan pembedahan seperti kanser usus dan kanser esofagus, mereka dikategorikan sebagai pesakit yang sangat berisiko tinggi dan boleh mengalami kematian akibat pembedahan sama ada semasa atau selepas pembedahan.

Membiarkan warga emas sendirian di rumah tanpa penjagaan boleh

mengakibatkan kecederaan seperti jatuh tangga atau jatuh di bilik air dan menyebabkan

kecederaan kepala dan kebakaran di dapur. Apatah lagi jika warga emas ini dibiarkan

menaiki kenderaan seperti motosikal, dengan mata yang kabur, kudrat yang semakin lemah mereka sangat terdedah kepada risiko kemalangan.

Mewujudkan pusat jagaan harian untuk warga emas adalah satu pilihan yang bijak. Anak-

anak masih boleh tinggal dengan orang tua mereka di rumah masing-masing. Apabila keluar bekerja ,ibu bapa diletak di pusat jagaan harian yang mana ini boleh menjadi pusat untuk mereka membuat pelbagai aktiviti, mendapatkan khi dmat fisioterapi dan yang paling penting mereka di jaga dan diperhatikan. Selepas habis bekerja , ibu bapa diambil semula dan di bawa pulang.

Ketahui lebih lanjut,layari facebook kami : https://web.facebook.com/PusatJagaan&Penjagaan