Ambil masa untuk memikirkan mengenai diri sendiri. Ia jauh lebih penting. Ini kerana jika anda sakit siapa yang akan menjaga anak-anak dan keluarga. Bagaimana sumber kewangan. Jadi cuba untuk memikirkan diri sendiri terlebih dulu sebelum anda mengutamakan orang lain
HILANGKAN KEKUSUTAN ANDA
Oleh itu bermula hari ini kenal pasti kelemahan, mengakuinya dan melepaskan tekanan atau kebimbangan anda. Lepaskan dan mulai terima tidak semua bebanan atau masalah perlu anda selesaikan berseorangan. Mula minta bantuan pasangan, adik-beradik, keluarga dan sahabat.
CARI MASA UNTUK DIRI SENDIRI
Tubuh anda adalah anugerah Allah yang harus dijaga. Jika tidak mampu sekalipun minta suami untuk membenarkan anda beriadah, bersukan atau bertemu rakan di luar.Ini kerana aktiviti di luar waktu bekerja tanpa ditemani suami dan anak-anak dapat membuatkan emosi lebih stabil lantas memberikan rasa bahagia.
JAGA PEMAKANAN
Makan makanan seimbang mengikut piramid makanan. Lebihkan sayur-sayuran dan kurangkan karbohidrat dan juga makanan terproses atau segera dalam diet anda. Ini dapat membantu membetulkan semula hormon disebabkan haid dan menopaus. Pastikan buah-buahan dalam setiap hidangan.
HYDRASI SECUKUPNYA
Sebaiknya pengambilan air mengikut berat badan anda atau minum sekurang-kurangnya 1 liter sehari dan lebih sekiranya sering berada di luar rumah.Untuk memastikan anda minum banyak air bawa air kosong ke mana-mana sahaja masukkan dalam beg tangan supaya anda kekal minum air walau di mana berada.